Yoonus Mat Yusof membuktikan Sungai Belat di Kuantan masih menyimpan lubuk udang galah terbesar di Malaysia apabila berjaya mendaratkan spesis air tawar tersebut hampir 4 kilogram, petang semalam.
Tarikh Memancing : 17 Jun 2012
Pemancing : Yoonuss
Lokasi : Sungai Belat, Kuantan
Mata Kail : Pelbagai
Umpan : Perumpun dan Cacing
Beliau yang berkesempatan turun dari jam 5 sehingga 12 malam mendapat beberapa hasil bersaiz "king" dan itu sudah memadai untuk menamatkan gian untuk memancing Sang Galah.
Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat beliau ambil untuk tatapan pengikut blog Kaki Joran Kelate.
p/s : Hasil yang berbaloi beb, bapakkkk udang galah angkut bawak naik.. Fuhh...












