Haruan Tumpas di Sawah Padi.

Rakan kita, Lipan Besax baru-baru ini berkesempatan turun memancing ikan haruan di anak sungai Bendang Tok Cherebu, Kampung Lati, Bachok.

Pemancing : Lipan Besax
Lokasi : Anak Sungai Bendang Tok Cherebu, Bachok
Waktu Memancing : Petang
Umpan : Katak Kayu




Biarpun hanya dua jam memancing, hasil yang diperoleh Lipan dilihat memberangsangkan dimana beberapa ekor ikan haruan bersaiz sederhana berjaya ditewaskan. -KakiJoranKelate-
 

Udang Galah Jambatan Sungai Kelantan Pasir Pekan.

Berikut adalah hasil tangkapan udang galah yang diperoleh oleh Admin Kaki Joran Kelate yakni Budu Cap Tereyy di Jambatan Sultan Ismail Petra sebelah Pasir Pekan.

Pemancing : Budu Cap Tereyy
Waktu Memancing : Malam
Umpan : Anak Udang
Mata Kail : Anglar 


Malam tersebut memang malam bertuah buat beliau kerana dari lima pemancing berada berhampiran, hanya beliau mampu menaikkan hasil tangkapan yang boleh dikatakan "bapak galah".