Grup Kaki Joran Kelate

Lagi Galah Belat Kena Angkut.

Yoonus Mat Yusof membuktikan Sungai Belat di Kuantan masih menyimpan lubuk udang galah terbesar di Malaysia apabila berjaya mendaratkan spesis air tawar tersebut hampir 4 kilogram, petang semalam.

Tarikh Memancing : 17 Jun 2012
Pemancing : Yoonuss
Lokasi : Sungai Belat, Kuantan
Mata Kail : Pelbagai
Umpan : Perumpun dan Cacing


Beliau yang berkesempatan turun dari jam 5 sehingga 12 malam mendapat beberapa hasil bersaiz "king" dan itu sudah memadai untuk menamatkan gian untuk memancing Sang Galah.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat beliau ambil untuk tatapan pengikut blog Kaki Joran Kelate.




p/s : Hasil yang berbaloi beb, bapakkkk udang galah angkut bawak naik.. Fuhh...
READMORE
 

Yoonus Kutip Galah Belat.

Rakan GKJK dari Kuala Lumpur, Yoounus Mat Yusoff baru-baru ini sempat turun ke Sungai Belat, Kuantan untuk memburu spesis udang galah selepas tertekan melihat rakan-rakan Kaki Joran di laman Facebook asyik melakukan posting gambar hasil tangkapan.


Pemancing : Yoounus
Tempat : Sungai Belat, Kuantan
Hasil tangkapan : 15 ekor
Mata Kail : 
Umpan : Perumpun/Cacing.

Pada kunjungan sehari ke sana, Yoonus berjaya mendaratkan hampir 15 ekor udang dan boleh dikira berbaloi dalam keadaan cuaca yang tidak menentu di seluruh negara waktu ini.




Berikut adalah beberapa keping gambar hasil tangkapan yang diperoleh oleh rakan kita tersebut. -KakiJoranKelate-
READMORE
 

Mat Yie Tawan Udang Galah Sungai Chiku.

Mat Yie GM, rakan kita dari Gua Musang pada hari ini membuktikan sungai Chiku masih memiliki khazanah udang galah tidak terbilang banyaknya.

Pemancing : Mat Yie
Lokasi : Sungai Chiku
Hasil Tangkapan : 4 kilogram
Mata Kail : Anglar Saiz 2 (Modified)
Umpan : Perumpun dan Anak Udang


Apa tidaknya, dengan hanya masa tidak sampai tiga (3) jam, dia mampu menaikkan hampir empat (4) kilogram udang galah ke dalam bot.

Satu kerugian besar buat penulis kerana tidak turut serta bersama Mat Yie pada hari semalam memburu udang galah berskala besar.

Berikut adalah beberapa keping gambar udang yang diperoleh Mat Yie malam tadi.

Jom intai hasil tangkapan dia.. peewiitt..


Amacam, banyak ke tak tangkapan rakan kita ni. wowww. Mesti join lain kali. -KakiJoranKelate-
READMORE
 

Gelama PCB Tunduk Dek Penangan Seriya.

Pemancing tegar kawasan Pantai, El Seriya aktif memancing di Pantai Cahaya Bulan (PCB). Dia berjaya mendaratkan banyak jenis ikan termasuk ikan gelama.


Selain gelama, turut tumpas ialah ikan seperti buloh, ketuka dan seekor udang sesat (wakakaka). Moh kita lihat hasil tangkapan yang diperoleh beliau ketika turun memancing.

READMORE
 

Udang Galah di Sungai Manik Urai.

Pada kali ini, Grup Kaki Joran Kelate (GKJK) sempat turun ke sungai Manik Urai memburu Udang Galah yang dikhabarkan mudah diperoleh. Selepas melalui beberapa perjanjian dan pertemuan, maka terhasil impian besar geng KJK untuk turun.

Lokasi : Sungai Manik Urai
Waktu Memancing : Petang/Malam
Mata Kail : Anglar (saiz 1,2,3,4)
Umpan : Anak Udang

Disini, geng KJK yang diketuai oleh Mat Yie, Addy dan Deliey serta tuan bot, Jali serta Nuh berjaya mendapatkan hasil tangkapan luar biasa.

READMORE
 

Haruan Tumpas di Sawah Padi.

Rakan kita, Lipan Besax baru-baru ini berkesempatan turun memancing ikan haruan di anak sungai Bendang Tok Cherebu, Kampung Lati, Bachok.

Pemancing : Lipan Besax
Lokasi : Anak Sungai Bendang Tok Cherebu, Bachok
Waktu Memancing : Petang
Umpan : Katak Kayu




Biarpun hanya dua jam memancing, hasil yang diperoleh Lipan dilihat memberangsangkan dimana beberapa ekor ikan haruan bersaiz sederhana berjaya ditewaskan. -KakiJoranKelate-
READMORE
 

Udang Galah Jambatan Sungai Kelantan Pasir Pekan.

Berikut adalah hasil tangkapan udang galah yang diperoleh oleh Admin Kaki Joran Kelate yakni Budu Cap Tereyy di Jambatan Sultan Ismail Petra sebelah Pasir Pekan.

Pemancing : Budu Cap Tereyy
Waktu Memancing : Malam
Umpan : Anak Udang
Mata Kail : Anglar 


Malam tersebut memang malam bertuah buat beliau kerana dari lima pemancing berada berhampiran, hanya beliau mampu menaikkan hasil tangkapan yang boleh dikatakan "bapak galah".
READMORE